Mengenal Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas paling menonjol
Al-Qassam, kita sering mendengar sayap militer HAMAS ini. Sayap militer hamas inilah yang paling menonjol dalam pertempuran Israel-Palstina. Siapakah Al-Qassam? Nama ini diambil dari nama seorang sheikh dari syiria yang syahid di palestina "Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orangIslam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS(Harakah Muqawamah Islamiyah), menabadikan namanya dalam unit danbendera mereka."
Nama lengkap beliau adalah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam.Dilahir pada tahun 1882 M di Jibillah, Syria dan dia pernah belajar diUniversiti Al-Azhar di Mesir untuk beberapa tahun mulai 1906. Di sanadia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh.
Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan jugasheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah dibahagian utara Syria. Dia mengikut serta di dalam revolusi Syriamemerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir denganberlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.
Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabilapenjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau hanyamempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan.Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuanlain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatangharam Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.
Izzudin Al Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana diabenar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telahdibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikansebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau jugamelihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajahumumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penhijrahanorang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemudaPalestin bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untu merebuttanah dengan kekerasan ataupun pujuk-rayu.
Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiatdengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Kemudiannyaberpindah tugas di Masjid Al Istiqlal iaitu asjid terbesar ketika itu.Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam'iyah Asy-SyubbanAl-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan dia bertindaksebagai pemimpinnya.
Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenaiancaman Yahudi ini walaupun sebahagian daripada mereka mempunyaipendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukupuntuk menghadapi mereka dengan demonstrasi, atau sebahagiannyamengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi keBritain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.
Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untukmengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identity mereka,mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiakan mereka untukberhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan. Dalam tempohtujuh tahun beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah,pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketuapergerakan. Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki dana kewangan.
Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama.
1. Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
2. Ajakan untuk berjihad.
3. Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.
Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan
1. Mengadakanhubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen padaagama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadipejuang yag hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memeliharahubungan yang luas.
2. Menanamkan rasacinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyakmenyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
3. Mengajak orangyang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin salingmembina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahapberterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkanPalestin.
4. Izzudinberkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jikarakyatnya dibangkitkan rasa tanggung-jawabnya, lelaki, perempuan, orangawam ataupun ulama meyakini dan bangun berjuang.
Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerangperkampungan Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orangtentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskanpenyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.
Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionisbertindak mempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh AlQassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergununganpada tahun 1935.
Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapakelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorangdaripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan.Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak danmencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnyaterdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935,Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahunkeluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelahmeninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan aggota keluarganyauntuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan untuk berjumpa di syurga.
Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu denganpesawat bertempur menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya'bad. Dalampertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersamadua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.
Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazahghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan bajunyayang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam yang ada dikampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebihbanyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahanInggeris dan Zionis terhadap bumi palestin.
Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orangIslam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS(Harakah Muqawamah Islamiyah), menabadikan namanya dalam unit danbendera mereka.
Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya,nama Izzudin Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki carayang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakanpendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jikadiamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokohbesar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalahsalah seorang tokohnya.
Oleh:
Zainur Rashid Zainuddin
==========================
Nama lengkap beliau adalah MUHAMMAD IZZUDDIN ABDUL QADIR AL QASSAM.Dilahirkan pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluargayang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yangmengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran.Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumurseawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, SheikhMuhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telah pun gigihmelakukan usaha dakwah.
[MUHAMMAD IZZUDDIN ABDUL QADIR AL QASSAM]
Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh TareekatAsh-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utaraSyria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk menerangkankepada umat bahawa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islamsemata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuhkepentingan umat dan negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannyatelah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahanbeliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat.
Semasa perang dunia pertama, dia mengambil bahagian secara aktif dalamRevolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebutberakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.
Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancismenjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau yang hanya mempunyai duapilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan telah membuatkeputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lainperpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haramYahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.
[Kedatangan Yahudi ke Haifa]IzzudinAl Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benarmemahami rancangan jahat Yahudi yang mengerikan yang telah dibuat olehOrganisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Switzerland pada 29-30hb Ogos1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negaranasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatansulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya danBritish khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penghijrahan orangYahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudibersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untuk merebut tanahdengan kekerasan mahupun dengan pujuk-rayu.
Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat denganaktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Beliau kemudiannyabertugas di Masjid Al Istiqlal iaitu masjid terbesar di Haifa pada masaitu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan Jam'iyahAsy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa danbeliau sendiri bertindak sebagai pemimpinnya.
[Bandar Haifa lama]Beliaumengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudiini walaupun ada sebahagian daripada mereka yang mempunyai pendapatyang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untukmenghadapi mereka dengan demonstrasi dan sebahagiannya mengatakan cukupdengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untukmencari jalan penyelesaian permasalahan ini.
Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungandengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembinaan,latihan organisasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengansaat yang bakal menentukan masa depan mereka. Dalam tempoh tersebutbeliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohanidi masjid, pekerja di Pejabat Syariah dan ketua pergerakan. Hubungandengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memilikidana kewangan.
Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama:-
1. Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
2. Ajakan untuk berjihad.
3. Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.
Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan:-
1. Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyaikomitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akanmenjadi pejuang yang hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untukmemelihara hubungan yang luas.
2. Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah danYahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalanganmasyarakat.
3. Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya.Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraansehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuanperjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.
4. Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkankecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggungjawabnya samadalelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama mesti meyakininya danbangun berjuang.
Padatahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampunganYahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahuditelah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannyadan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.
Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindakmempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersamaenam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapakelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorangdaripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan.Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak danmencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnyaterdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Pada tahun 1935,Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahunkeluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelahmeninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan anggota keluarganyauntuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan keazaman untuk berjumpadengan mereka di syurga kelak.
Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawattempur telah menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya'bad. Dalampertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersamadua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.
Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazah ghaibuntuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan bajunya yangberlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya.Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyakpenentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris danZionis terhadap bumi Palestin.
Jasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orangIslam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS(Harakah Muqawamah Islamiyah), mengabadikan namanya dalam unit danbendera mereka.
Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, namaIzzudin Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yangtersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatanpendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi,dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yangmempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorangtokohnya.
Oleh:
Zainur Rashid ZainuddinISMA Negeri Sembilan